Khamis, 14 Mac 2019

PENGAJIAN ARKEOLOGI

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU DAN SALAM SEJAHTERA.


Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan satu cabang ilmu bantu yang dianggap penting dalam bidang pensejarahan. Mesti kalian tertanya-tanya kan ilmu apakah itu??? 

Cabang ilmu tersebut dikenali sebagai Arkeologi. Pasti antara kita sering terdengar akan arkeologi bukan, namun tidak mengetahui akan lebih mendalam berkaitan hal tersebut. Begitu juga dengan diri saya sendiri, pada awalnya saya mula terdengar apabila guru-guru Sejarah mula mengajar berkaitan Zaman Prasejarah sewaktu berada di sekolah menengah. Hal ini mula mencetuskan idea-idea baharu berkaitan arkeologi, namun ianya tidak bermakna bahawa ilmu tersebut telah berjaya menyelubungi diri dan pemikiran saya untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Perkara yang tidak dijangka apabila saya diberi peluang untuk mempelajari ilmu arkeologi di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Jadi, saya dengan segera mengisi peluang tersebut dengan tujuan untuk menambah ilmu baharu yang lain daripada yang lain. Kelas arkeologi ini dikendalikan oleh Encik Aziz yang dilaksanakan di Muzium Seni Asia, UM. Oleh itu, dalam tempoh 4 minggu terawal saya menghadiri kelas, pengetahuan baharu mula saya pelajari berkaitan arkeologi sehinggakan, ilmu tersebut berjaya merungkai sedikit demi sedikit persoalan yang timbul dalam minda sebelum ini. Persoalan tersebut terdiri daripada : 
  1. Apa yang dimaksudkan dengan sebenar-benarnya  ilmu arkeologi ? 
  2. Benarkah wujudnya zaman Prasejarah di Malaysia berdasarkan bukti yang kukuh?
Tanpa melengahkan masa lagi, saya akan mula berkongsi dengan anda sekalian definisi sebenar arkeologi...!!!

APA ITU ARKEOLOGI ???
  • Menurut Paul Bahn : arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamatkan untuk membongkar, menerangkan dan mengklasifikasikan tinggalan-tinggalan budaya, menghuraikan bentuk dan perilaku masyarakat masa silam serta memahami sejarah manusia.
  • Cotrell Leonard : arkeologi merupakan satu cerita mengenai manusia dengan merujuk kepada tinggalan seperti peralatan yang digunakan, monumen, rangka manusia dan segala yang terhasil dari inovasi yang diciptanya.
sebenarnya, terdapat beberapa tokoh lain yang melontarkan pandangan berkaitan dengan definisi arkeologi, namun saya hanya mengambil 2 definisi sahaja bagi memudahkan anda memahaminya.
Bidang arkeologi tidak dapat dipisahkan dengan penemuan-penemuan lampau. Oleh itu, bagi menjadikan perkongsian saya ini lebih menyeronokkan, saya ingin mengemukakan soalan kepada anda.

ADAKAH ANDA MENGENALI SIAPA ITU "PERAK MAN" ??? 
SIAPA ITU "PERAK MAN" ???   DIMANA DIJUMPAINYA???
Jangan khuatir, saya akan menjelaskan kepada rakan sekalian serba sedikit pertanyaan tersebut.
  • Tulang rangka PERAK MAN telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh yang terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak. 
  • dikatakan berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157cm.
  • PERAK MAN dikatakan dikebumikan dalam posisi "foetal" dimana kedua-dua kakinya berlipat kearah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging.
  • dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
  • Lembah Lenggong sangat penting dalam arkeologi dimana manusia daripada zaman Paleolitik telah dijumpai dan, 
  • Lembah Lenggong menjadi tapak kepada Zaman Paleolitik.
  • tempat lain yang penting : Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong.
malah, dikatakan PERAK MAN adalah seorang lelaki. Hal ini dibuktikan melalui lubang hidungnya yang bersaiz lebih kecil berbanding lubang hidung perempuan, malah bentuk giginya juga dikatakan lebih rata jika dibandingkan dengan gigi perempuan yang agak jongang sedikit. Selain itu dapat dilihat juga, kerangka tulang PERAK MAN  adalah lebih berat, ini menjelaskan bahawa PERAK MAN adalah seorang lelaki kerana perempuan mempunyai berat tulang yang lebih ringan. Penemuan ini menyeronokkan kerana saya mula mengetahui akan perbezaan yang dimiliki antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, penemuan arkeologi berkaitan PERAK MAN membuktikan bahawa Malaysia turut mengalami zaman Prasejarah pada beribu-ribu tahun dahulu.

Saya berharap perkongsian yang telah diberikan pada hari ini dapat mengajak anda semua untuk mengenali dengan lebih mendalam hal-hal berkaitan dengan proses cari gali @ Arkeologi. Hal ini penting kerana kita mampu untuk melihat perkembangan masyarakat terdahulu hingga kini, iaitu daripada zaman batu hinggalah ke zaman moden kini. Namun, sebelum menghabiskan penulisan ringkas saya, elok kiranya kita mengingati semula zaman Prasejarah di Malaysia  yang kita  pelajari sewaktu dibangku sekolah lagi. JOM !!!

ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA :
  1. ZAMAN PALEOLITIK
  2. ZAMAN EPIPALEOLITIK
  3. ZAMAN NEOLITIK
  4. ZAMAN LOGAM
Oleh itu, sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin memohon kemaafan jika perkongsian yang diberikan ini telah menyinggung perasaan saudara/i sama ada tersirat mahupun tersurat. Segala kebaikan itu datangnya daripada Allah SWT dan segala kekurangan  itu datangnya daripada diri saya sendiri. Semoga kita bertemu kembali untuk perkongsia ilmu yang seterusnya. Sekian dan terima kasih.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ZAMAN LOGAM

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bertemu kita dalam blog kali ini,yang pasti membuat anda semua tidak sabar-sabar menunggu perkongsi...